Menulis dan membaca adalah dua perkara berbeza. Saya menulis untuk merakam kehidupan, dan saya membaca untuk memainkan rakaman. Sebelum anda teruskan, eloklah saya beri amaran dahulu takut-takut nanti anda kecewa, marah dan geram pada saya pulak. Setiap episod akan cuba untuk tidak melebihi 500 perkataan, menggunakan bahasa rojak dan tidak mengikut kronologi. Raw sebab ini bukan projek buku lagi. Setiap episod adalah kisah benar daripada sudut pandang penulis, kalau reka pun untuk tambah perasa sahaja. Tidak ada ‘censorship’ dan tidak ada ‘filter’. As crude and as original as it gets. Tujuan menulis bukan untuk mengajar, berfalsafah, raih simpati, tambah ‘likes’ atau berlagak bagus. Untuk tulis sebanyak mungkin mengikut pace dan ilham, saya tak mahu buang masa edit berkali-kali, cari perkataan bombastic, atau cuba untuk translate dari bahasa Melayu ke English, atau sebaliknya.
Cerita sudah tentulah tidak dapat lari daripada mengaitkan dengan orang-orang tertentu di sekeliling saya. Jika ceritanya tidak sensitif saya guna nama betul, kalau sebaliknya saya hanya akan guna nama rekaan.
Fokus timeline adalah ketika saya berniaga, menjadi usahawan selama lebih 20 tahun…tetapi mestilah bosan baca cerita business, jadi saya selingkanlah dengan kisah-kisah sampingan…ada yang lawak, serius, juicy, sexy dan mungkin juga ada unsur-unsur agama.
Walaupun rojak dan santai, tidaklah sampai menjahamkan bahasa ibunda saya atau disulam dengan maki hamun atau carut-marut. Pendek kata rating PG-17-lah paling teruk pun.
I have no intention to conclude every episode with moral footnotes. The lesson will have to come from you…the readers. My job is to record. That is all.
So, kalau dah decide tak mahu teruskan, stop reading and SHARE.