Genap setahun selepas bekerja di syarikat pertama saya, iaitu selepas bergelar graduan, kilang milik bersama MMC dan sebuah syarikat Jepun berusia lebih 100 tahun yang menghasilkan VHS Tape & micro-abrasive tape di Taman Perindustrian Nilai menutup operasi tiba-tiba dan memberi notis berhenti 24 jam kepada semua pekerjanya. Oleh kerana saya dan isteri bekerja di kilang yang sama, terkamjatlah kami kerana kedua-duanya kini sudah jadi penganggur muda.

Usia baru 24 tahun, dan anak sulung kami baru nak masuk 2 tahun.  Combined salary ketika itu RM3500 kurang lebih, sewa apartment 2 bilik RM400 di Taman Semarak (kami berjiran dengan pengarah-pelakon Z-Lokman), dan memandu kereta Kancil EZ660 dengan ansuran bulanan RM500 sebulan kalau tak salah.

Waktu itu memang tak terfikir langsung hendak berniaga.  Memang seperti sudah diprogram dalam otak ni, graduan ‘kimia’ oversea seperti saya kerjanya samada dalam makmal atau dalam bilik kuliah.  Tidak ada pilihan ketiga.

Kerja banyak sebenarnya time tu tetapi saya yang agak memilih.  Saya nak explore pilhan ketiga. Entah macamana, dapat satu panggilan untuk bekerja di sebuah syarikat Soil Investigation, yang kerjanya mengorek sample tanah jauh ke dalam bumi untuk diuji sifatnya, sebelum sesuatu projek pembinaan dapat diluluskan.  Majikan saya seorang Cina yang agak serius dan tak banyak cakap.  Lepas interview sekejap saya terus diterima dan saya kata yes! tanpa berfikir-jauh.

Saya setuju kerana jawatan yang diberi ialah pengurus, dapat sebuah kereta syarikat (Proton Saga lama) dan sebuah handphone Motorola STARTAC lama.  Gaji pun naiklah sedikit kepada RM2300 sebulan.  Punyalah happy tayang kereta kat wife, langsung tak fikir pasal kerja.  Umur baru 24, dapat offer baek dengan segala macam kemudahan…fuh terangkat!

Pejabat syarikat Cina memang typically padat dan tidak terurus.  Selagi boleh isi meja, selagi boleh timbun fail, mereka tak akan pindah.  First impression saya bila masuk office syarikat ni di Taman Melawati ialah…”biar betul!”

Rupa-rupanya ‘pengurus’ muda ini diletakkan sebilik dengan seorang kerani akaun wanita Cina, nun jauh dibelakang pejabat, betul-betul sebelah toilet.  Saya dengan amoi ni mesti berlaga kerusi setiap kali nak bangun, dikelilingi timbunan fail akaun syarikat. Takpalah hati ini berbisik…cabaran baru.  Sampai sekarang tak boleh lupa time makan, bila minah tu buka tupperware lunch dia semerbak bau ba-alif-ba-ya dalam bilik sempit tu.  Saya kenal sangat bau tu, sebab masa belajar dulu saya pernah jadi waiter di Chinese restaurant.  Bau tu memang special.

Hari pertama, tak ada briefing, tak ada induksi staf baru.  Belum duduk lagi, atas meja dah ada satu timbun fail projek.  Saya tak pernah tengok project-file seumur hidup, so jakuhlah sekejap.  Arahan pertama yang diterima pakai ‘post-it’ kuning tu ialah “Pls chq the BQ and send it to Mr. Tay before lunch.”

Apa ke jadahnya BQ tu?  Bila dibelek2 kertas, nampaklah printout tebal dengan kolum berisi description, unit rate, sum dan total sum.  Terpaksalah tebalkan muka tanya amoi dimeja sebelah.  Amoi pun hairan…”ayo you tak pernah buat BQ ka?  Senang ma, cuma isi sahaja dengan rate standard rate JKR”.  

Memang sekarang bunyi macam tak da apa-apa tapi masa tu rasa macam bercakap dengan alien.  Mulalah datang rasa was-was dalam hati.  Air liur rasa kering dan kepala ni memusing.  Saya sudah buat pilihan salah rasanya ni.  Kena masuk makmal semula kalau Mr Tay buang kerja.

Tiba-tiba telefon berbunyi.  Mr. Tay the big bos memanggil.  “Rizal, you ikut saya pergi lunch.”

“Ok, bos.”  Panik jangan ceritalah.  BQ tu pun baru nak belajar tafsir, belum isinya lagi.

Dipendekkan cerita, kerja tak siap dan lunch time pun tiba.  Mr. Tay jerit nama saya dari pintu masuk pejabat dan saya pun berlarilah macam budak bangang.

Bos ada driver, dan memandu sebuah Mercedes E230 (W124) warna maroon.  Itulah pertama kali saya naik Mercedes-Benz baru, dan dipandu oleh driver.  Saya duduk dengan Mr. Tay dibelakang.  Rasa macam bos juga sikit-sikit.

Nak tahu apa Mr Tay kata pada saya dalam kereta?  Tunggu Part 2 esok.