imagePetang semalam hujan lebat.  Dalam sejam air melimpah dan longkang-longkang yang penuh sampah tersumbat.  Jalan naik air time orang balik kerja.  Stranded.  Habis satu bandar tersangkut, tersumpah-seranah sesama sendiri.  Kerugian dianggarkan…tidak terkira.  Ramai MC hari ni itu hampir pasti.

Minggu lepas sahaja, agaknya 2-3 kali saya terlihat sampah dibuang dari dalam kereta ke luar jalan, relax sahaja dia roll down window campak satu plastik pink and rollup semula window kereta BMW nya.  Minggu lepas, gempar satu Malaya kes buang kerusi dari atas pangsapuri ke bawah menyebabkan satu kematian remaja.  Habis kawasan perumahan itu diteropong dan dirakam untuk membuktikan sampah dan kemiskinan memang belong together.

PPR dan BMW sama sahaja.

Itu di atas jalan raya dan kawasan perumahan.  Bagaimana dengan kebersihan tandas di tempat awam?  di stesen minyak, di masjid-masjid dan surau?  Kalau di masjid, bukan tak biasa sebelum buang hajat, terpaksa round dahulu setiap cubicle walaupun isi perut dah nak terkeluar sangat.

flush boleh pakai tak? ada paip atau tidak?  toilet seat ada kesan tapak kasut? selak pintu boleh dikunci? Ada penyangkut seluar?  Ada sabun?

Bukan tak biasa sebelum guna tandas awam, kita kena cuci dulu cubicle, tembak air keliling, simbah tiga baldi, tolong flushkan tahi lemak berkrim yang elok jer terletak dalam mangkuk toilet.  Ada yang tahi terapung lebih 3 hari sampai dah kembung mereput (can you even imagine tahi reput?).  Ada yang baunya azab! boleh teka apa si lahanat ni makan sebelum tu.

maxresdefaultTetapi sebab dah tak tahan, dah tiada tempat lain, tak sanggup tercirit dalam seluar, atau paling tak sanggup terberak dalam kereta BMW, maka terpaksalah dibuang disitu juga…top-up tahi sedia ada dengan tahi kita sendiri.

Dan sebab air tak ada, salitlah kat mana-mana, sarung seluar, basuh tangan (pandai pulak 6 kali samak dengan air dan sekali pakai sabun, atau sengaja nak tunjuk kat member sebelah kita ni pembersih?).

Lepas basuh tangan (walaupun buntut bersalut najis), kita pun keluarlah dari toilet dengan muka selamba, kalau dalam kojek ada duit seringgit, kita letak dalam tabung, but mostly we couldnt care less.

Itu tandas masjid.  Agaknya sebab tandas masjid tu bukan kawasan ibadat, bolehlah buang tahi merata.  Tak berdosa.

Rakyat Malaysia dan sampah memang sudah sebati agaknya.