Kita tak nak ulas cerita-cerita box-office, tapi mostly filem-filem indie yang ada mesej-mesej yang seronok difikirkan.

The Secret of the Grain (atau dalam bahasa perancisnya ‘La graine et le mulet’) diterbitkan pada tahun 2007 di Perancis, arahan pengarah filem hebat Abdellatif Kechiche, dan dibintangi aktres terkenal Perancis kegemaran saya Hafsia Herzi.  Filem ini menang anugerah berprestij Cesar Award 2008 .

Plot:

Kisah seorang lelaki tua imigran Muslim Tunisia bernama Slimane yang walaupun sudah bekerja 35 tahun membaiki kapal, masih dianggap warga kelas dua di Perancis. Slimane diberhentikan kerja, jadi dia susah hati kerana tidak dapat tampung keluarga bekas isteri pertamanya Souad seorang surirumah, tetapi tukang masak couscous (sejenis hidangan tradisional masyarakat Arab di Mediterranean) yang hebat bersama 4 orang anak2nya, dan keluarga isteri barunya Latifa, seorang pemilik hotel bajet bersama anak gadisnya, karektor utama iaitu Rym lakonan Hafzia Herzi.

image-w240
Hafsia Herzi

Dengan bantuan Rym, Slimane cuba jayakan projek mulakan sebuah restoran mediteranean dengan couscous sebagai hidangan istimewa dari atas bot lama yang dibeli dari bekas majikannya.

Restoran akhirnya berjaya dibuka, tetapi pada akhir plot, sesuatu yang tidak dijangka terjadi, kesabaran Slimane benar-benar diuji dan Rym juga sekali lagi menjadi penyelamatnya.

Nak tahu lebih kena tengok sendirilah.

Rumusan

Saya suka filem ini (Rotten Tomatoes bagi 93%), kerana depiction keluarga imigran islam di Perancis sangat menarik dan real.

9149ynuF0ML._SL1500_

Subplot hubungan adik-beradik, suami-isteri, pergolakan antara dua keluarga besar Slimane, persepsi masyarakat terhadap imigran, serta konflik dalaman Slimane dan Rym berjaya dizahirkan dengan begitu baik.  Hafzia sebagai Rym deservedly menang anugerah aktres Terbaik Cesar Filem Festival.

Tempoh filem agak lama iaitu 2.5 jam, tapi sangat berbaloi.

Tunggu apa lagi…