sambungan dari Pontoon Hilang (Part One)

Apakah agaknya kata Mr. Tay the Boss kepada saya dalam kereta Mercedez-Benz E230 berwarna maroon tu?

Hmmph, dia tak kata apa-apa pun sebaliknya hanya diam tertongok di sebelah saya baca paper Cina, flumping against his shiny beige leather seats.  Sekali-sekala dia berbual juga dengan si pemandu, seorang lelaki Melayu berbadan gempal tetapi tegap, berkepala botak dan masih muda. Somehow dia selalu mengingatkan saya kepada ‘bouncer’ di kelab-kelab malam.

Saya tak tahu nak tanya apa pada Mr.Tay, sebab saya memang clueless so I ended-up memandang ke luar sahaja, menyusuri Jalan Ampang melintasi restoran Roadhouse Grill yang pada ketika itu sangat popular.  9a2110dd7a092f75583faeb9e831fc92_large

Memanglah tak selesa apabila duduk di sebelah bos yang bisu.  Radio pun tak dipasang, newspaper pula tak faham tulisan Cina. Masa tu belum ada smartphone lagi, kalau ada bolehlah diharap untuk buat-buat busy. Time tu stupidphone kami fungsi SMS pun tak ada.

Saya dah tak tahan duduk diam membatu, maka akal ini pun mulalah ligat mencari-cari topik yang sesuai untuk bos.

“Mr. Tay, tadi saya sudah dapat itu project file.  Tapi saya kurang faham, so kalau ada sesiapa yang boleh tolong explain would really help.”  Saya bercakap sambil bersandar macamlah saya ni pulak bos. Walhal baru first day kerja.

“Where got the time? You have to work fast and learn along the way.  I can’t afford to have someone to teach you and waste their time.”  Alamak, this is not good!

“Sebagai pengurus, you tak perlu tahu semua.  Tapi you mesti pandai manage your resources to get the work done.”  Bos menyambung kuliah.  Menyesal pulak saya bertanya tadi.

“Jikalau perlu apa-apa you can ask Loius my nephew. But I expect you to learn quickly.”

And Mr. Tay was absolutely right. Soil Investigation atau SI persaingannya sangat sengit, pasaran SI dikuasai oleh towkey-towkey Cina yang akan servis syarikat-syarikat pemaju yang kebanyakannya berbangsa Cina juga.  Mula-mula saya blur, tapi lama-kelamaan fahamlah yang saya dipilih bukan kerana bakat atau pintar, tetapi untuk leverage ‘Kemelayuan’ saya dan memudahkan syarikat berurusan dengan agensi kerajaan, serta wakil penduduk Melayu.

Tak kisahlah, sebab dari dulu lagi saya memang gemar buat kerja-kerja lobi-melobi ni. Cuma saya paling tak suka kerja di tapak projek yang kotor dan kasar. Kontraktor SI ni selalunya akan jadi pasukan pertama yang masuk ke kawasan projek, months and sometimes years sebelum actual project bermula.  Kena teroka hutan belantara, redah sungai, belah bukit dan masuk hotspot setinggan dan bangunan terbiar di bandar-bandar.  

Saya tak boleh lupa antara projek awal yang saya kena handle ialah di kawasan setinggan Cina di Setapak apabila penduduknya mengamuk dan menghalau team SI saya keluar dan telah merosakkan boring equipment kami. Mereka sudah dapat mengagak yang kehadiran kami bermaksud akan adalah pembangunan baru, dan mereka akan dihalau tak lama lagi. Supervisor kerja SI berbangsa Indonesia yang sudah ketakutan menelefon big bos, yang kemudian mengarahkan Louis bertindak.  Si Loius ni pula tergamak menelefon saya menyuruh bergegas ke tapak projek and do something.

Saya ni kan blur, so ok sahajalah.  Bila sampai alangkah terkejutnya saya melihat beberapa orang Cina yang sudah menunggu kedatangan saya dengan parang dan kayu di tangan masing-masing.

Can you imagine a 24-year-old Malay dimwit confronting angry Chinese mob?  

Apa agaknya yang saya buat?  Ikuti sambungannya selepas ini…