Petang Selasa.

Seorang wanita Melayu agak muda sedang berjalan menaiki eskalator menuju ke tingkat satu hypermarket terkenal tanahair.  Cantik juga orangnya.  Bertudung selendang, berseluar panjang dan t-shirt longgar.  Tengok gaya seperti sudah berkahwin mungkin ada anak kecil kerana badan agak berisi.  Dia bersendiran, tapi memang cantik.

Misi diteruskan.

Gadis ini mengambil troli besi pada mulanya tetapi tak jadi, dan masuk ke dalam lalu mengambil basket hijau yang beroda lalu terus masuk ke dalam.  Aku ambil basket kecil dan pura-pura window shopping.  Apa agaknya shopping list dia hari ni?

 

Wanita yang aku namakan Melur ini terus ke bahagian Toiletries, dan…alamak ke kawasan tuala wanita!.  Oops ok…that time of the month.  Yang ini tiada pilihan semua wanita wajib ada, cuma aku tak sanggup nak teropong jenis apa yng dia pakai.  Itu next project.

Melur skip bahagian pakaian dan barangan kering, lalu terus ke bahagian barangan basah.  Wah, Melur nampaknya tidak suka buang masa di supermarket, unlike some women tu…tapi mungkin dia rushing sebab ada orang menunggu agaknya.  Basketnya ditolak terus ke kawasan sayur-mayur.  Aku pura-pura ambil plastik dan mencapai beberapa biji tomato, sambil memerhati dari jauh.  consumersappsCarrot, cabbage, cili api, limau kasturi dan daun bawang.  Simple enough.  Selepas tu dia ke kawasan bawang dan kentang pula, lalu mengambil beberapa tompok bawang putih dan empat biji kentang. Melur ke kawasan timbangan dan kemudian meneruskan ke bahagian ayam daging.

Disana Melur mengambil beberapa ketul peha ayam yng telah dipotong.  Dia melihat-lihat daging sambil memerhatikan tanda harga dan tak ambil apa-apa akhirnya.  Melur kemudian reverse semula ke bahagian ikan tetapi sekali lalu sahaja…tak beli apa-apa juga. Sebelum ke kaunter bayaran, Melur sempat mencekup telur ayam pack 10 biji, jenis yang paling murah (telur paling cenonet).

Aku tinggalkan basket dan keluar melalui laluan tidak membeli.  Aku tunggu sebentar di hadapan kaunter bayaran, curious untuk tahu apa kesudahan kisah si gadis genit ini.

Melur beli sedikit sahaja, jadi dia gunakan laluan ekspres.  Dia juga sudah siap bawa bag sendiri, jadi tidak perlulah membayar 20 sen untuk setiap plastik bag.  Smart woman! Cuma aku sedikit kecewa kerana walaupun jumlahnya sedikit, Melur tetap gunakan kad kredit.  Tetapi sebelum keluar dia sempat juga menjeling aku sepintas lalu dan aku terus cari handphone sebagai prop lakonan, lalu terus berjalan keluar.  Aku buat keputusan untuk tidak stalk Melur ke kereta kerana aku sudah ada rumusan sendiri dan aku rasa aku betul.

Melur mungkin tinggal sendirian, tidak bekerja tetap atau tidak ada kerja manakala anak kecilnya diletak di pusat asuhan.  Waktu sudah lewat petang, jadi dia mungkin kehabisan bahan untuk memasak dinner ala kadar sebelum suaminya pulang.  Jadi dalam perjalanan mengambil anak, dia singgahlah sebentar membeli beberapa keperluan.

Shopping basket Melur yang sedikit ini tidak menghairankan aku sangat kerana itulah trend orang Malaysia kelas bawah dan menengah hari ini.  Mereka beli bukan untuk stock up tetapi beli apabila perlu sahaja. Mereka beli sayur yang tahan lama dengan kuantiti yang sedikit dan sudah jarang membeli sumber protein selain daripada ayam kerana harga daging dan ikan yang mahal.  Aku seriau tengok ramai yang hanya bergantung pada ayam dan telur sebagai sumber protein, bagaimana agaknya perkembangan otak kita nanti agaknya?

Walaupun shopping basket Melur sedikit, dia tetap bayar guna kad kredit menandakan sumber wang tunainya mungkin sudah agak terhad, ataupun dia charge untuk dapatkan point ganjaran.  Itu kita study next victim pula.

Apapun, itulah kisah Melur (bukan nama sebenar tau), yang sangat berbeza dengan mangsa tinjauan aku semalam.  Nak tahu siapa?  Tunggu!