Kejadian semalam sungguh amazing, jadi saya rasa saya mesti share dalam ruangan goblok ini. Kisahnya bukanlah pelik sangat, dan saya percaya korang pun for sure pernah mengalaminya sendiri.

Begini ceritanya…

Pagi semalam saya dan SukSuk (my other half) keluar rumah kerana mahu ke Kajang.  Ada appointment dengan seseorang jam 3 petang.  So kami dah plan cantik-cantik breakfast dan solat jumaat di Kajang sebelum jumpa mamat tu.  Tapi dalam kereta entah bagaimana, rakan lain pula telefon ajak jumpa di Penchala.  Saya kata saya dah on the way to Kajang.  “Takde rezeki bro…next weeklah“, kata saya.

Tapi elok-elok lepas masuk tol, SukSuk bagi idea lain betul-betul sedang elok kami nak exit ke Kajang-way. Saya sempat belok hala ke KL-way tanpa berfikir.

“So, nak kemana ni?”  Saya tanya SukSuk.  Lepas belok baru boleh fikir.

“Makan ler dulu.”

“Yelah, but where…you know its a Friday kan.”  Saya dah mula masuk angin pasang, sebab perut kosong, dan plan asal tiba-tiba dah bertukar. Semua ni SukSuk punya pasal.

Tapi entah bagaimana kereta ni elok sahaja masuk Jalan Duta, susur Jalan kucing dan terus ke arah Masjid Wilayah.  Saya stop depan masjid, tepi bus stand.  

11.30am.  And being a friday gerai-gerai makan di kawasan masjid sudah meriah.  Saya masih agak moody (and hungry), mula berjalan ke arah food court di depan Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

SukSuk tiba-tiba mencelah lagi.  Bi, lets check out the stalls.”  

Angin! angin!

“Nak Jumaat ni, tak boleh lama-lama nanti kereta kena blok.”

“Kejap jer…”

And like a good husband I follow lah.

We ended up tapau (bungkus) nasi beriani kambing bungkus, apam balik, beberapa jenis kuih dan air mata kucing gelas besar.

“Nak makan di mana nanti ni?” SukSuk dah risau.

“I don’t know, but we need to get out of here.”  

Saya terus drive, mata ni sambil tengok jalan sambil tengok papan-tanda cuba untuk membayangkan next probable destination or pit-stop. Last-last saya berhenti di Petronas sebelum masuk terowong ke Penchala.

“Wah! ini dah balik plan asal nak jumpa kawan mula-mula tadi!”  bisik saya dalam hati.

Makan time. Sedap betul nasi beriani kambing akak di Masjid Wilayah tadi.  Memang tak sia-sia ter-melencong beli dekat dia.  Dan memang rezeki dia sungguh nak dapat duit dari kami pagi ni, yang tiada plan pun nak ke situ.  Solat Jumaat pun tidak!

Cerita belum habis ya.

Sambil makan, saya pun Whatsapp kawan di Kajang kata postpone, dan saya Whatsapp pula kawan di Penchala, kata jumpa di sana selepas Jumaat.

“Boleh bos, tapi kalau dop dang (tak sempat) kita jumpa di Menara Bata boleh?”  dia balas Whatsapp.

“Angin, angin.  Dah macam pinball jadual aku hari ni.”

You Jumaat di mana?”  SukSuk tanya.  Bab solat Jumaat dia memang tak kasi ‘chance’.

“Penchala kot. Tapi baru 11.45 ni.  Gila awal nak gi masjid sekarang.  Lama you kena tunggu nanti.”

“I think better we go home first, drop me off , you go masjid KD and then see your friend.”  SukSuk punya plan.

“Angin, angin.  Senang-senang je minah ni tukar plan ya.”  Dalam hati lah.

But she has a good point actually.  Apa kes nak heret wifey dengan kita ke sana-sini?

Maka kereta pun bergeraklak balik.  Saya Whatsapp kawan, “Dop jadi Penchala/Sambal Hijau bro, sorry.”  Saya tak berani nak commit jumpa di Menara Bata, sebab schedule dah haywire.

So rezeki saya nak jumpa orang di Kajang tak jadi, nak solat di Masjid Wilayah tak kesampaian, nak makan di Restoran Sambal Hijau dan solat di Masjid Penchala juga tak jadi.  Jumpa kawan lepas ni pun mungkin terbatal.  Angin!

Saya pun solat di masjid KD, SukSuk happy dapat balik rumah.  Oh ya, throughout the entire morning, belakang saya ni sakit macam salah tidur.  Rukuk dan sujud cukup azab tak dapat nak khusyuk. Tapikan, khutbah Jumaatnya pula adalah antara yang paling ‘relatable’ dengan saya, so I paid a very good attention to the sermon.

Lepas jumaat, walaupun sakit di belakang makin mencucuk saya gagahkan juga untuk drive ke Menara Bata. Kali ni bila dah betul-betul sampai baru saya Whatsapp kawan saya.

Memang sudah rezeki kawan saya agaknya, dapat juga kami berjumpa dan selesaikan beberapa hal yang sudah agak tertangguh. Rakan di Kajang yang saya patut jumpa, walaupun kelihatan seperti bukan rezeki dia, dia ada Whatsapp balik kepada saya, “It’s ok sir, saya pun memang ada hal sebenarnya, tapi tak sampai hati nak cancel with you.” Rezeki dia rupanya bukan dengan saya, tetapi mungkin lebih baik di tempat lain for sure.

Kesimpulannya, setiap manusia ada rezeki yang telah ditetapkan, yang somehow were linked between one person to another. Itulah yang membezakan antara duduk saja dengan bergerak dan buat sesuatu.

Rezeki SukSuk dapat makan nasi beriani kambing Masjid Wilayah walaupun tak dituntut solat Jumaat.

Allah swt telah berikan jaminan yang Dia tak akan tinggalkan hamba kesayanganNya terkapai-kapai, dengan syarat ada usaha.

Itulah syarah tok khatib di Masjid KD semalam. Itulah rezeki saya.

 

 

 

All-set.

 

 

change in direction

makan nasi beriani