Sambungan kepada Economic Stalker #1: Alkisahnya Si Melur

Mr. Stalker sedang hangout di sebuah pusat membeli-belah premier di Bangsar, minum kopi premier, duduk di spot kegemarannya yang mengadap ke arah valet-carpark, dimana puluhan kereta-kereta premier bernilai jutaan ringgit dengan rela hatinya ditinggalkan dibawah jagaan abang-abang valet. Mr. Stalker suka dan pelik melihat cara berfikir orang-orang premier yang seolah-olah datang dari kayangan itu.

Mr. Stalker sendiripun bukanlah hangout bodo-bodo sahaja. Dia cuba untuk ‘look the part’ dengan menggayakan dirinya seperti orang-orang kayangan. Rasanya dia berjayalah juga kerana pekerja di kedai kopi premier memang sudah mengenalinya dan melayannya sama seperti orang-orang kayangan yang lain.

Perhatian Mr. Stalker kini tertumpu di luar kedai kopi, pada sebuah Toyota jenis Alphard yang baru tiba. Van ultramewah berwarna kelabu edisi terbaru dengan grill hadapannya yang gah dan garang memang mudah mencuri tumpuan ramai.

Yang hairannya sebaik sahaja masuk ke kawasan valet si Alphard kelabu itu terus parking sendiri di sudut larangan yang sudah diletakkan ‘kon penghalang’. Mr. Stalker tersenyum sendiri melihat lagak amatur dihadapannya. “Mana boleh parking situ; hai dai ni kereta je besar, otak sempit!” sindir Mr. Stalker dalam hati.

Seperti yang dijangka, sebentar kemudian berkejaranlah pekerja valet berbangsa Bangladesh menyuruh si pemandu Alphard mengalihkan ‘gajah’nya.  Tetapi Alphard tidak mengendahkan, bahkan dengan selamba terus membuat ‘parallel parking’ sehingga selesai sebelum menurunkan cermin tingkapnya yang gelap habis itu. Dengan gaya marah, dia memberi isyarat tangan seperti menghalau pekerja valet, atau seperti seorang tuan menghalau anjingnya pergi.

Cermin gelap dinaikkan kembali. Pekerja valet Bangladesh yang jelas ‘berbulu’ dengan layanan umpama anjing yang baru diterimanya bertindak memanggil mandurnya iaitu seorang lagi warga Bangladesh untuk mengadukan hal. Berlarilah pula si mandur ke arah Alphard lalu mengetuk-ngetuk pintu pemandu Alphard meminta beliau menurunkan cermin. Tak diendahkan pun.

Tiba-tiba pintu belah penumpang di belakang pemandu Alphard terkuak.  Pintu jenis “power-door” itu mungkin telah dibukakan oleh pemandu dengan menekan suis di atas dashboardnya.  Si mandur bertambah berang dengan tindakan provokasi pemandu, namun pengalaman juga mengajarnya bahawa dalam keadaan tertentu, ada kemungkinan makhluk yang akan muncul dari Alphard itu bukan orang biasa-biasa, tetapi dewa kayangan yang harus disembah.

Dia mundur sedikit, tidak mahu mengambil risiko.

Dewa masih belum muncul, namun dari pintu penumpang Alphard sebelah sana kemudiannya keluarlah seorang lelaki Melayu berpakaian ala-bodyguard lengkap dengan earpiece di telinga; yang dengan kasar telah menolak sang mandur ke tepi untuk menyambut Tuannya di pintu sebelah sini.

Setelah dijemput, barulah keluar Tuan punya Alphard the Elephant, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Cina yang usianya tidak mungkin lebih dari tujuh tahun sahaja. Kanak-kanak bertuah itu, tanpa memandang kiri-kanan melompat turun dari van dan terus berlari masuk ke dalam pasaraya premier, gagah dikejar oleh bodyguardnya.

Kedua-dua pintu penumpang Alphard masih lagi ternganga apabila seorang lagi bodyguard muncul; lelaki Melayu lengkap dengan dark-grey colored bush jacket, dengan earpiece di telinga serta berkaca-mata hitam. Gayanya yang serius serta suka memandang sekeliling itu terus sahaja mengingatkan Mr. Stalker kepada The Terminator atau T1 lakonan Arnold Swoshnagger (ignore the mispelling). Abang bodyguard yang Mr. Stalker gelarkan T1 sangat komited sekali dengan kerjanya memastikan tidak ada yang memandang lama-lama, atau cuba menghampiri kanak-kanak perempuan tadi. Dia mungkin bersenjata.

Sedang T1 garang berdiri di tepi tangga utama masuk ke pasaraya premier, mandur Bangladesh yang dari tadi hanya memerhatikan semakin baran. Tetapi dia tidak meluru ke arah T1, sebaliknya ke arah pemandu yang masih terperuk di dalam Alphard. Mr. Stalker cuba membuat tafsiran sendiri perbualan di antara Mandur dan Pemandu sebaik sahaja cermin tingkap Alphard diturunkan:

You cannot park here. Why cannot? This is for reserved customer only sir. Dei, saya bukan parking, saya tunggu bos sahaja. Very quick one. Cannot. Cannot. Please drive the car out sir, or my boss will scold me. 10 minutes only maa. Kalau ada VIP masuk saya keluarlah! No sir. You don’t understand, I can lose my job because of this. Apsal pulak? Dei, awak pergi panggil itu bos sekarang. Let me explain.

Bangla memberi isyarat supaya pekerjanya masuk mendapatkan bos mereka. Maka berlarilah pekerja tersebut masuk dengan gaya kanak-kanak berlari untuk mengadu kepada ayahnya. Si Pemandu senyum sahaja. Clearly itu bukan incident pertama melibatkan dia dengan imigran. Memang patut diajar puak-puak ni.  Jangan bagi muka sangat!

Mandur berdiri di tepi jalan mengetap bibir melihat lagak pemandu yang sudah ‘terlebih sudu dari kuah’. Sekali-sekali Mandur terpaksa juga bertugas membukakan pintu kereta-kereta mewah yang sampai untuk menurun atau mengambil penumpang. Itu memang kerjanya tetapi pada saat itu hatinya sakit betul apabila terpaksa melakukannya di hadapan seorang ‘pemandu van’ yang sama-sama makan gaji mengurus kenderaan milik tuan masing-masing.

Si pemandu rupanya dalam diam sudah membuka pintu, keluar dari Alphard kelabu dan berjalan menuju ke arah Mandur Bangladesh. Dengan tenang dia menjabat tangan mandur sambil mengeluarkan sekotak rokok dari koceknya. Mandur lega tidak terkira kerana membayangkan dia akan dipukul disitu juga sebelum ini.

Pemandu menyalakan rokok dan menolak kacamata hitamnya ke dahi. Tanpa Ray Ban, wajah pemandu sebenarnya agak hodoh. Mereka berdual berbual, cuma Mr. Stalker sudah malas untuk menafsirkan intipati perbualan. Mandur Bangladesh nampaknya lebih banyak bercakap, mungkin cuba menzahirkan rasa geramnya manakala pemandu hanya mendengar sambil lewa dan menikmati rokoknya.

Lima minit kemudian, pemandu yang kelihatan seperti sudah menerima arahan melalui earpiecenya bergegas mematikan api rokok dan berlari masuk ke Alphard, manakala si-T1 yang dari tadi tercegat di tangga kelam-kabut membetulkan bush jacketnya sambil mengarahkan orang-ramai yang lalu-lalang untuk mengosongkan jalan bagi memberi laluan kepada budak VIP tadi. Dan laksana sebuah simfoni, pergerakan kesemua bodyguard begitu sempurna dan tangkas. Sebaik kelibat budak Cina muncul, bodyguard yang mengiringnya memberi isyarat kepada T1 untuk mengosongkan laluan; T1 pula terus mendepakan kedua tangannya sebagai pagar pagar. Pemandu yang sudah menghidupkan enjin dan penghawa dingin menekan suis power-door bagi membuka kedua-dua pintu penumpang, tepat pada saatnya apabila kanak-kanak dan bodyguard pertama sampai dan masuk, diikuti T1. Tak sampai beberapa saat, Alphard kelabu sudah membelok dari sudut parking terlarang, serentak dengan tertutupnya kedua pintu penumpang; dan akhirnya meluncur keluar dan hilang dari pandangan Mr Stalker.

“Wow! Kaya gila budak ni!” Itu sahaja yang mampu diungkapkan.

Mr. Stalker kurang pasti apa sebenarnya barang yang dibeli oleh budak perempuan Cina tadi, yang seakan-akan seperti sekotak pensel warna. Namun imaginasinya lebih nakal membuat andian; antaranya budak itu sebagai decoy kepada heist di kedai emas, atau mungkin juga budak itu sekadar mahu ke tandas buang air!

Apa yang pasti, hanya Mr. Stalker seorang sahaja yang memerhatikan drama pendek ala-Cinderella tadi.  Well, mungkin dia dan dua lagi pekerja valet parking warga Bangladesh yang telah dianjingkan.

Dewa-dewa kayangan kota Bangsar yang lain were just too busy to even care.