Urgh!! Aku memang benci hari Rabu. Tak ada hari lain yang lebih dull daripada hari Rabu. Korang tahu hari Rabu memang telah diiktiraf dalam ISO-8601 sebagai hari ketiga dalam seminggu selepas hari Isnin dan Selasa? Nampak bodoh tapi cuba korang imagine kalau korang jadi hari Rabu…bapaklah tak bestnyakan? Tak percaya, cuba baca lagi.

Nombor satu dan yang paling tak best tentang hari Rabu ialah sebab tak boleh cuti dengan aman. Siapa nak cuti hari Rabu dowh? Orang sakit pun tak nak cuti hari Rabu. Dan aku dah check, tahun 2018 ni cuti umum yang jatuh pada hari Rabu cuma Hari Thaipusam dan Raya Deepavali. Can you imagine how annoying this will be to our Hindu friends? Dahlah sehari jer, kat tengah-tengah minggu pulak tu? Kalau nak lebih kenalah tarik cuti tahunan sendiri. Sebab tulah bila public holiday jatuh hari Rabu aku rasa sangat tak adil.

Aku pun dah observe banyak benda yang kalau hari Rabu ni memang tak best. Cuba korang check, traffic jam paling teruk hari Rabu, betul tak? Pergi-balik kerja sama jer bumper-to-bumpernya.  And one more thing, tak kiralah korang student ker atau pekerja, assignment paling berlambak mesti jatuh pada hari Rabu jugakkan?

Aku notice juga hari Rabu ni bos-bos selalu expect staff to stayback sebab mid-week ramai tak nak ambil cuti dan kerja pula memang dah bertimbun, so siapa balik awal mesti kena jeling dengan bosses. Student pun bukan tak biasa bila tiba exam week, paper hari Rabulah yang paling gampang sekalikan?  Isnin dan Selasa paper Bahasa, Khamis-Jumaat paper Agama, Sejarah dan kertas-kertas tiada makna, tapi hari Rabu mesti kena paper combo Matematik dengan Science…betulkan? Ada konspirasi untuk gagalkan student agaknya.

Aku kena admit, sebenarnya ada juga benda-benda yang bolehlah dikatakan best juga Rabu ni. Contohnya kalau nak tengok wayang murah, datanglah panggung hari Rabu mesti dapat diskaun 50%. Rabu juga hari yang kena top-up petrol sampai melimpah-limpah, sebab menjelang tengah-malam harga baru petrol akan diumumkan.

Tapikan entah kenapa rancangan-rancangan TV hari Rabu pun mesti sucks big time. Dahlah re-run, playback filem tahun 50-an pulak tu. Agaknya producer pun dah tahu korang balik kerja lambat, selalu makan di luar and are just too tired too watch TV on a Wednesdays. Thursday nights pun sucks-lah juga but that’s a given (if you know what I mean).

So now you know why I hate Wednesdays so much.   

PS#1: Mesti korang ingat aku nak bash pasal PRU-14 hari Rabu kan? Hahaha…dream on!

PS#2: Disclaimer, kemeluatan aku pada hari Rabu ni janganlah relatekan dengan kisah-kisah Nabi yang banyak sebut pasal hari Rabu.  That’s not quite fair sebab ini tulisan ‘ringan-ringan’ sahaja to cheer us up. FYI, I’m still mad about PS#1 if you catch my drift!