Kalau tengok laman media sosial…confirm PH menang, tidak ada tapinya lagi.

Tapi kalau tengok berita TV pula, confirm BN menang tidak ada tapinya lagi juga.

Cuba tengok di lapangan siapa yang anda selalu jumpa? Bukan season mengundi ni ya..itu tak aci. Season mengundi boleh jumpa YB-YB ni di mana-mana…tengah cuci toilet, toreh getah, tuai padi, goreng nasi, kutip sampah, potong ayam, suap nasi…jadi imam…season mengundi depa sangat multi-talented.

Kita yang nak mengundi hari ni kena cari species YB-YB yang tak normal. Tak boleh dah cari yang tinggal rumah agam, kereta menjalar, jam tangan sebesar jam dinding…jenis ni dia tinggal dilangit 4.5 tahun, turun ke bumi setengah tahun.

Kita kena cari yang tunaikan janji dengan usaha bukan dengan kata-kata kerana dizaman #fakenews…word is dirt cheap.

Jenis ni payah nah jumpa sekarang. Kata orang putih…endangered species. Tapi ada tanda-tandanya kalau pandai menilik.

Antaranya kalau dulu normal, sekarang tak normal dah tengok YB naik bas hari-hari, atau pegi pasar beli lauk hari-hari atau solat subuh di surau hari-hari. La ni depa buat-sekali-sekala tapi yang sekali-sekala tu lah heboh satu Malaya.

Sekarang dah tak normal lagi jumpa YB donate RM100 diam2…mesti kena ada kamera follow dan ambil gambar dan viralkan. Sekarang dah tak normal lagi tengok YB jalan sorang-sorang mesti ada rombongan mengikut.

Kalau jumpa jenis yang tak normal ni…toksah jumpa dia toksah salam pun, atau cuba nak jack dia kata anda sokong dia or ajak selfie. Just vote for him or for her when the time comes.

Kawasan saya ialah Kota Damansara, walaupun bila mengundi nanti saya akan memangkah di Puchong. KD ni dijangka sengit kerana BN, PAS, PH dan PSM semua akan turunkan calon yang masing-masing saya kenal…semuanya baik-baik, humble dan rajin turun padang.

Memang sukar nak pilih YB Kota Damansara Season 2018-2022 jika dilihat pada kredibility calon sahaja. Kena cari faktor lain.

So kawan-kawan KD pilihlah dengan bijaksana ya.