Semalam ke hulu ke hilir saya naik LRT, MRT you name it lah, daripada jam 10 pagi hingga 7.30 malam, sampai bau kasturilah badan ni dibuatnya. Cuma kali ini saya gunakan peluang untuk perhatikan para pengguna LRT dengan lebih dekat dan intim. Saya ambil gambar, saya analisa bahasa badan dan air muka setiap daripada mereka dan akhirnya saya temui satu pattern. Apa dia?
 

Pertama commuter masuk train ni mcm satu kepuasan. diluar nampak anxious, nak marah, tergesa2 tetapi sebaik pintu train dibuka mereka selalunya masuk dengan wajah yang ceria. Train menjadi cocoon yang selamat, senyap terlindung dari elemen luar yang haru-biru, tiada gangguan dan boleh duduk/berdiri…contemplatin and immersing themselves in their own ‘train’ of thoughts
 
Kedua selepas masuk train, mood dalam train terutama pada waktu petang sgt sombre. the air was thick and heavy with internal battle wafting out from every passengers. ini boleh dilihat dengan jelas dari air muka, pandangan kosong yang kalau dalam NLP either ke kanan atas atau kiri bawah, bahu yang jatuh, sedikit bongkok dan dahi yang sering berkerut-kerut menunjukkan masing2 ada tanggungan yang berat. Saya ibaratkan mereka ini seperti banduan di dalam penjara.
 
Ketiga, naturally setiap passenger tidak mahu diganggu, tidak mahu berinteraksi, tidak mahu bertentang mata dengan sesiapa. Ramai yang menyumbat telinga dengan earphones (and believe it or not saya juga biasa sumbat telinga saya dengan earphone waalapun tidak mendengar apa2 lagu). Ramai yang bermain telefon untuk berbual dengan rakan jauh dan agak ramai yg bermain games. Hanya seorang dua sahaja yang membaca, mungkin kerana keadaan train yang padat atau takut mabuk darat agaknya.
 
Keempat, saya perhatikan lebih ramai wanita, dan warga asing yang menggunakan train berbanding lelaki dan saya dapati lebih ramai warga bukan melayu berbanding pengguna melayu.
 
Apa rumusannya? menaiki LRT memberi banyak masa untuk bersendirian, selamat dalam kepompong yang dipenuhi orang tidak dikenali, bebas dari pengaruh rakan, isteri ahli keluarga, mahupun rakan pejabat. Masa untuk self-reflection ini (antara 20 minit-40 minit didalam train) sangat berguna untuk berfikir tentang kehidupan diri sendiri dan alam ini. Dan mengapa ada gender, ras atau bangsa tertentu yang lebih suka menggunakan train, beyond economic factors perlu saya selidiki lagi dalam kembara LRT saya yang akan datang.
Menaiki Train seolah-olah berada di dalam time machine, dimana dalam tempoh 20-40 minit itu our life flashes before our eyes dan setelah sampai ke destinasi, kita kembali semula ke alam fana yang luas tapi lebih menyesakkan.
 
Selamat Mengundi!