Proses mengubah empayar khilafah islam Uthmaniyah kepada sebuah kerajaan republik sekular mengambil masa yang lama, dengan perancangan yang cukup teliti. Perubahan juga turut dipengaruhi oleh institusi lama yang korup, yang sudah lupa kepada perjuangan/tanggungjawab asal, sehingga rakyat Turki sendiri akhirnya sepakat membuang khalifah, dan rela memilih apa/sesiapa saja, asalkan bukan islam. apabila ini akhirnya berjaya digembeling, institusi khilafah yang berusia ratusan itu pun dengan mudah runtuh tidak bangun-bangun lagi.

Saya telusuri sedikit sejarahnya bagaimana Turki berubah, dan saya serahkan kepada pembaca budiman untuk memgambil tauladan darinya.  Pada tahun 1922, apabila kemarahan rakyat memuncak, rampasan kuasa berlaku, tetapi jawatan khalifah masih dikekalkan (walaupun melantik khalifah boneka) sehingga 1924, sebelum Mustafa Kamal benar2 yakin rakyat menyebelahi beliau dan akhirnya melantik dirinya sebagai Presiden Turki.  Pada tahun yang sama juga, ibu negara Turki berpindah dari Istanbul ke Ankara.

Pada tahun 1924 (dua tahun selepas rampasan kuasa, mahkamah syariah ditutup, dan undang2 pemakaian ala-barat diluluskan. Pakaian fez dan baju tradisional turki diharamkan pada 1925.

1926- undang2 sivil baru diperkenalkan, dimana 2 tahun selepas itu, status islam sebagai agama rasmi turki dibatalkan.  Pada tahun yang sama (1928), tulisan rumi/latin diwajibkan bagi menggantikan tulisan jawi/arab, dan khutbah dalam bahasa turki diperkenalkan bersama2 pembukaan sekolah2 kebangsaan, pengenalan sistem nombor, kalendar dan sukatan timbangan baru yang pro-barat

1930 – wanita dibenarkan mengundi, dan hakim wanita pertama dilantik dan wanita diparlimen buat pertama kali pada 1935

1932 – azan dilaungkan dalam bahasa turki.

1934 – mewajibkan nama keluarga (surname), tetapi mengharamkan penggunakan nama berpangkat legasi uthmaniyah seperti Bey, Pasha dan Affendi

1935 – masjid hagia sofia dijadikan muzium.

Proses peralihan itu mengambil masa hampir 15 tahun, dan entah berapa lama pula masa yang diambil sebelum itu untuk merancang kempen yang halus dan tersusun. Turki kekal menjadi sebuah negara sekular selama 70 tahun, sebelum Abdullah Gul menjadi presiden Turki yang lebih lunak kepada Islam pada tahun 2002, yang seterusnya disambung pula oleh Erdogan sehingga hari ini.

Saya ingin akhiri coretan pendek ini dengan dua soalan.  Apa lagi yang rela kita gadaikan di Tanah Melayu demi memuaskan selera orang lain?   Dan apa pula yang akan kita pertahankan dibawah kerajaan baru ini sehingga titisan darah terakhir?